No. 25: Shay Given, Man City

Tidak pernah turun walaupun seminit pada musim ini. Man City sedia menjual beliau kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Kelab yang sesuai: Arsenal
No. 24: Fernando Gago, Real Madrid

Pemain ini kerap kali menjadi pemanas bangku simpanan, mungkin disebabkan dengan limpahan pemain bintang menyebabkan beliau tidak dapat menunjukkan kemampuan sebenar.
Kelab yang sesuai: Aston Villa, Newcastle & Tottenham
No. 23: Kevin Gameiro, Lorient

Pemain yang berasal dari Perancis ini sangat cemerlang di liga tempatan Perancis dan mampu untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Perancis.
Kelab yang sesuai: Arsenal
No. 22: Ruud Van Nistelrooy, Hamburg

Pemain veteran yang cukup berpengalaman ini masih berbisa.
Kelab yang sesuai: Tottenham, Newcastle & Blackburn Rovers
No. 21: Stephen Ireland, Aston Villa

Di gelarkan sebagai pembawa masalah akan tetapi, pemain yang baru berusia 24 tahun ini masih banyak peluang untuk memulihkan kembali kareer beliau sebagai pemain yang hebat.
Kelab yang sesuai: Newcastle, Everton & Fulham
No. 20: Giuseppe Rossi, Villarreal

Pemain kebangsaan Itali ini menjaringkan banyak gol di Liga Sepanyol dan sudah bersedia untuk beralih angin mencari cabaran baru.
Kelab yang sesuai: Tottenham & Man City
No. 19: Jose Enrique, Newcastle United

Pemain berasal dari Sepanyol ini dikatakan bersedia meninggalkan St. James Park dan dianggap sebagai pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris dalam posisi beliau.
Kelab yang sesuai: Liverpool
No. 18: Papiss Cissé, Freiburg

Walaupun sudah menjaringkan 22 gol untuk kelab pertengahan Liga German, beliau masih kurang mendapat perhatian dari kelab-kelab besar.
Kelab yang sesuai: Aston Villa, Everton & Arsenal
No. 17: Niko Kranjcar, Tottenham

Bosan menunggu untuk bermain dalam kesebelasan utama, pemain tengah sebagai perancang ini sedia berpindah ke kelab lain.
Kelab yang sesuai: Liverpool, Man City & Aston Villa
No. 16: Gary Cahill, Bolton

Pemain pertahanan tengah Bolton ini sangat konsisten pada musim ini dan layak berada di dalam mana-mana kesebelasan utama 6 kelab atasan Liga Perdana Inggeris.
Kelab yang sesuai: Liverpool, Arsenal & Tottenham
No. 15: Christopher Samba, Blackburn Rovers

Bersedia meninggalkan Ewood Park.
Kelab yang sesuai: Arsenal & Tottenham
No. 14: Jan Vertonghen, Ajax

Pemain kelahiran Belgium ini sering mengimpikan untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris dan mungkin impian beliau menjadi realiti pada musim panas kali ini.
Kelab yang sesuai: Arsenal
No. 13: Neymar, Santos

Pemain Brazil ini mendapat perhatian dari beberapa kelab gergasi dunia sejak penampilan cemerlang beliau dengan Brazil. Beliau juga dikatakan berminat untuk berhijrah ke kelab Eropah.
Kelab yang sesuai: Chelsea & Man Utd
No. 12: David de Gea, Atletico Madrid

Penjaga gol muda ini menjadi rebutan gergasi kelab bolasepak dunia.
Kelab yang sesuai: Man Utd, Arsenal & Tottenham
No. 11: Mamadou Sakho, PSG

Pemain Perancis ini sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Inggeris. Kemungkinan besar musim perpindahan kali ini beliau akan berhijrah. Kepada peminat game FOOTBALL MANAGER, pemain ini pasti akan dibeli! Haha..
Kelab yang sesuai: Arsenal & Newcastle
No. 10: Alexis Sanchez, Udinese

Pemain Chile ini menjadi rebutan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris dan dijangkakan akan mengikat kontrak bersama kelab inggeris pada musim perpindahan nanti.
Kelab yang sesuai: Man Utd, Chelsea & Man City
No. 9: Ashley Young, Aston Villa

Pemain England ini ingin bermain dalam kejuaraan liga-liga eropah pada tahun depan.
Kelab yang sesuai: Man Utd, Chelsea & Liverpool
No. 8: Fabio Coentrao, Benfica

Merupakan salah seorang pemain sayap kiri terbaik di eropah pada masa kini.
Kelab yang sesuai: Liverpool & Man Utd
No. 7: Scott Parker, West Ham

Merupakan seorang pemain yang rajin dan ketua yang baik untuk kelabnya iaitu West Ham.
Kelab yang sesuai: Arsenal, Tottenham & Newcastle
No. 6: Karim Benzema, Real Madrid

Ketajaman beliau sebagai penyerang dapat dibuktikan dengan 24 jaringan gol untuk kelabnya Real Madrid.
Kelab yang sesuai: Arsenal, Man Utd & Chelsea
No. 5: Fernando Llorente, Athletic Bilbao

Dah tiba masanya untuk beliau berpindah ke kelab besar.
Kelab yang sesuai: Tottenham
No. 4: Javier Pastore, Palermo

Pemain berbakat kelahiran Argentina ini bersedia meninggalkan kelabnya.
Kelab yang sesuai: Man Utd & Chelsea
No. 3: Charlie Adam, Blackpool

Pemain kebangsaan Scotland ini telah menunjukkan persembahan terbaik beliau bersama Blackpool walaupun kelab tersebut sedang bergelut dalam zon penyingkiran. Kalau kelab beliau sekarang jatuh ke liga bawahan sekalipun, beliau pasti bermain di Liga Perdana. Definitely!
Kelab yang sesuai: Liverpool, Tottenham, Newcaslte & Aston Villa
No. 2: Didier Drogba, Chelsea

Dengan kehadiran pemain termahal liga perdana iaitu Fernando Torres, pemain berusia 33 tahun ini mungkin di ketepikan oleh Chelsea musim depan.
Kelab yang sesuai: Tottenham, Arsenal
No. 1: Eden Hazard, Lille

Pemain muda berbakat ini jatuh di tempat pertama senarai 25 pemain yang disenarai jual musim panas ini. Bakat beliau kini menjadi idaman setiap pengurus kelab bagi mendapatkan tandatangan beliau di musim perpindahan nanti.
Kelab yang sesuai: Arsenal, Man Utd, Chelsea, Man City, Liverpool & Tottenham
No comments:
Post a Comment